Hidup Berani Kerana Gagal

ehem³*

Hempas pulas setiap masa.
Inginkan hidup lebih bermakna.
Duit! Harta! Ilmu! Kerjaya!
Untuk apa?
Pastinya untuk hidup selesa. Demi masa depan yang terbela.

“Berani gagal konon.. hidup pun memang selalu gagal!”, kata seorang penakut.
“Engkau kalau bercakap.. perghhh!! Hebat!! Tapi mana hasilnya?!”, sambung seorang pengecut.
Ramai orang berfikiran negatif dengan kegagalan.
Apakah mereka tidak tahu, bahawa kegagalan itu permulaan sebuah kejayaan?
Nampak? Fikiran orang-orang kita masih lagi di peringkat bawahan.
Itulah golongan yang sentiasa dalam kelemahan.

Umpama gajah takutkan semut.
Nampak gagah tapi pengecut.
“Tidak! Aku tak mahu ikut!”
“Untuk apa? Aku mampu.. usah kau serabut!”
Katakanlah begitu wahai pengecut.

Gagal bukan untuk selamanya.
Ada turun ada naiknya.
Gagal tidak pula membinasa.
Anda ingin berjaya?
Lupakan sengketa…

Ayuh!!

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!!

BERANI GAGAL UNTUK BERJAYA!!

Fuhhh!! Itulah sajak ciptaan beliau. Bagai mana sedara/i sekalian? Anda faham dengan apa yang dimaksudkan? Baiklah, saya teruskan membaca teks ucapan beliau…

Tahukah anda, apa itu KEGAGALAN dan apa itu KEJAYAAN?

Bagi saya, KEGAGALAN adalah KEJAYAAN. Kenapa?
Kalau kita tidak GAGAL, bagaimana untuk kita BERJAYA?
KEGAGALAN itu satu semangat untuk kita berusaha.
KEGAGALAN itu kunci kepada KEJAYAAN yang bakal kita terima.
Hanya orang bodoh sahaja yang takut pada KEGAGALAN.
Lihatlah sekeliling, lihatlah dunia. Lihatlah orang-orang yang berjaya, kaji sejarahnya.
Bagaimana mereka BERJAYA?
Sudah tentu bermula dari KEGAGALAN bukan?
Tidak semestinya orang yang BERJAYA terus BERJAYA dan orang yang GAGAL terus GAGAL.
Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah bahawa tiada KEJAYAAN dicapai tanpa KEGAGALAN.
Seperkara lagi, jika kita sentiasa BERJAYA, anda pasti kah yang kita akan merasa NIKMAT KEJAYAAN?
Fikir-fikirkanlah dan selamat mencari nahas! hehe..

“BUKAN SENANG UNTUK SENANG, BUKAN SUSAH UNTUK SUSAH.”

Sekian saja teks ucapan dari seorang yang bukan pakar SEO motivasi iaitu Encik Bintang Hati, yang mengupaskan tajuk “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL”. Semoga teks ucapan beliau yang saya bacakan tadi, dapat merangsang MINDA BAWAH SEDAR kita untuk terus mengharungi 2010 yang lebih mencabar.
Hahahaha.. whateverlah… ROFLMAO!!!

“HIDUP MESTI BERANI UNTUK GAGAL UNTUK KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG PADA TAHUN 2010″

4 ulasan:

  1. orang yang gagal adalah orang yang apabila sudah tersungkur, tidak mahu bangun semula. membiarkan diri di pijak.

    BalasPadam
  2. herm...amat memotivasikan diri.memg btol pn segale kterangan yg akip dpt nih...

    BalasPadam

kutukan korang

Related Posts with Thumbnails
Copyright@ Blog ini adalah hak milik Humblemodest