mencari konklusi

sekarang masih sibuk orang perkatakan tentang kes penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam majalah Herald-The Catholic Weekly. aku tidak mahu masuk campur urusan itu. biar mereka yang profesianal sahaja menjalankan tugas. tetapi aku perlukan satu jawapan konkrit. apa yang akan kau lakukan apabila kau menonton berita yang menyiarkan kes itu bersama dengan penganut agama lain? diam?
teruskan berbicara tentang perkara yang sebelum ini kau bualkan?

masing-masing menyokong agama sendiri. tetapi atas dasar sahabat aku hanya mampu diam sahaja. bagi kedua-dua pihak mesti ada suatu perkara yang bermain dalam fikiran mereka. dan untuk tidak mengeruhkan keadaan aku dan seorang lagi bukan Islam hanya mampu senyap. keadaan itu sangat menakutkan aku. bimbang peristiwa ini berlaku sekali lagi.

kadang-kadang konsep 1Malaysia gagal dilaksanakan. melainkan kau menghormati semua agama yang ada di dunia. agama menjadi penghubung antara jasmani dan rohani.

tamat. sekarang aku mahu melakukan perancangan sehingga 40 tahun akan datang. serius sangat susah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kutukan korang

Related Posts with Thumbnails
Copyright@ Blog ini adalah hak milik Humblemodest