Tips menjana pendapatan from Nuffnang



Ni aku nak share tips yang aku lakukan untuk menjana pendapatan sampingan daripada Nuffnang. Sebenarnya, lebih kepada tips secara xlangsung la, bukannya bila buat terus earning bertambah. Hihi....

Selalu berinteraksi dengan Nuffnang
Berbaik-baiklah dengan Robb Chew iaitu staff Nuffnang bahagian Blogger Relations. Mengikut pengalaman aku, segala soalan akan dijawab dengan baik walaupun ada soalan yang aku tanya tu agak remeh dan xberkaitan dengan blog sangat. Hoho

Ubah jawapan untuk survey Nuffnang
Cara ini x diyakini sangat berjaya, tapi aku just buat je. Haha. Setiap 1-2 bulan sekali aku akan update survey Nuffnang mengenai blog aku. Aku akan ubah bahagian blog kita fokus tentang apa, apa kategori iklan yang kita rasa bersesuaian untuk blog kita. Lagi satu, jangan lupa untuk blog description tu tolong la describe betul-betul. Advertiser tengok blog kita mengenai apa daripada situ kot

Dapatkan panduan & ebook daripada sumber yang dipercayai
Korang kena la jadi blogger yang rajin google dan suka explore. Belajar daripada pengalaman orang lain. Di awal pembabitan aku dengan Nuffnang, aku banyak refer post daripada NoorizamShah & juga YM dengan Topo. Selain tu, ada ramai blogger berpengalaman yang buat ebook tentang Nuffnang dan semuanya PERCUMA!

* E-book Nuffnang daripada NoorizamShah
* E-book Nuffnang daripada Din Beramboi
* E-book Nuffnang daripada Hafreze

Buat lebih banyak blog
Jangan terlalu fokus kepada satu blog sahaja sebaliknya explore niche/kategori lain. Dulu, aku cuma fokus kepada blog Chokilala dan mengharap earning daripada blog ni sahaja. Tapi aku fikir xleh jadi macam ni, memang dapat duit tapi sekadar cukup makan je la

Sekadar meminjam kata-kata SmartZul di Facebook suatu masa dahulu, sumber pendapatan ni kita boleh anggap seperti belon. Kalau pecah belon yang satu tu, kita dah xde apa-apa dah. Jadi, bersiap sedia la dengan banyak belon, supaya kalau belon itu pecah kita masih ada belon yang lain. Lebih kurang macam tu la bunyinya. Aku xpandai bermadah helah macam Kak ZZ la. Haha

Buat blog tentang content yang ramai orang cari
Blog peribadi cerita pasal harini korang pergi mana, harini korang makan apa memang xberapa nak laku melainkan korang artis ataupun at least korang Hanis Zalikha. Kalau nak trafik letup-letup, buat la blog berkaitan hiburan. Hoho. Nuffnang is all about TRAFFIC, TRAFFIC & TRAFFIC! More traffic = more income. Unless you’re a celebrity blogger, dapat la buat advertorial kan? Hehehe

P/S : Blogger yang blogging pasal peribadi jangan marah ye. Maksud aku, contohnya bandingkan content Chokilala dengan content OhArtis. Jauh panggang daripada api kan? Sama juga dengan earning yang terhasil. Itu yang aku cuba sampaikan dalam point di atas. Hihi

Target pengunjung blog daripada Malaysia
Nuffnang lebih suka kalau pengunjung blog itu datang daripada trafik tempatan. Kenapa? Sebab mudah untuk dia target pengiklanan. Contohnya, ketika post ini ditulis ada kempen daripada syarikat penerbangan MAS menari-nari di sidebar & juga kempen DiGi

Cuba kalau korang ni orang luar, mesti fikir amende la pula DiGi ni kan? So, get what I mean? Oleh sebab itu juga la, Nuffnang xkasi kita pasang ads from other South East Asia rival company seperti Advertlets & Innity. Jadi, hasilkan content blog yang bersifat ‘Malaysia’ atau serantau

Erm. Aku rasa cukup la sekadar enam point yang diberi di atas. Kalau nak lebih tahu, lebih baik korang tanya secara peribadi dengan blogger-blogger yang berpengalaman seperti Kak Jie, Khai, Topotato. Kena sebut berpengalaman, maklum la xsemua orang suka perkataan otai. Hehe. Satu yang pasti, pendapatan mereka dengan Nuffnang semestinya JAUH BERBEZA dengan pendapatan aku

Sekadar perkongsian bersama, ini pendapatan aku yang terhasil setakat ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kutukan korang

Related Posts with Thumbnails
Copyright@ Blog ini adalah hak milik Humblemodest