Blog Melayu Masih Di Takuk Lama

Kalau kita lawati laman Technorati dan klik "Technorati Top 100" apa yang kita akan jumpa? . Adakah kita menjumpai blog yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sini? Jawapannya..he he. Bagaimana kita hendak meletakkan blog yang berbahasa Melayu dalam kedudukan ini di situ? Jawapannya.. boleh ke?.  Bagaimana mereka meletakkan ranking pada satu-satu laman web atau blog? ...
Semuanya adalah mengikut pada jumlah pengunjung satu-satu laman tersebut dan berapa banyak kali ianya di 'favouritekan' oleh pengunjung. Inilah dia kekurangan besar yang berlaku pd laman atau blog yang berbahasa Melayu..
 
Kalau kita perasan, pada kebanyakan blog yang kita lawati kita akan jumpa bahagian 'Share This', 'Add This' atau 'Twitt This'', biasanya pada bahagian footer atau post title. Atau mungkin dalam blog kita sendiri ada diletakkan pilihan 'Share This', 'Add This' atau 'Twitt This' untuk pembaca atau pelawat yang meminati post kita. Aku yakin semua blogger tahu apa itu 'Share This', 'Add This' atau 'Twitt This'... iaitu satu cara dalam 'social sharing'. Aku juga yakin para blogger tahu apakah kegunaannya... iaitu salah satu cara kita berkongsi entry atau post dengan 'membookmark' post tersebut ke laman social seperti Digg, Stumbleupon, Facebook, Delicious, Friendster, dan banyak lagi.

Persoalannya.. berapa ramai diantara kita yang mengguna pakai kemudahan tersebut atau secara mudahnya, pernah tak kita 'membookmark' entri rakan blogger kita supaya ianya dipaparkan di laman social? Boleh aku katakan di sini bahawa terlalu sedikit blogger Melayu yang melakukan ini. Buktinya, jika kita lawati laman social yang terdapat di internet..
terlalu sedikit post yang berbahasa Melayu yang boleh kita kesan. Di sana kita boleh jumpa entri atau post dengan berbagai-bagai bahasa dunia tetapi, bahasa Melayu tetap terpinggir. Persoalannya, siapa yang meminggirkannya? Jawapannya, kita sendiri sebagai orang MELAYU atau orang MALAYSIA. Bukankah dengan menyebarkan post atau entri yang berbahasa Melayu ke laman tersebut akan meningkatkan lagi kedudukan blog yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Baik.. adakah semua ini berlaku disebabkan oleh sifat PHD(Perasaan Hasrat Dengki)bukankah blog kita juga akan terpapar sama. Tetapi dengan syarat... entri atau post kita hendaklah berkualiti atau menarik mengikut pandangan pembaca. Aku dapat bayangkan blog Melayu tidak lagi hanya dikenali disekitar negara nusantara bahkan diseluruh dunia. Bila aku klik pada Digg, Technorati, Delicious dan sebagainya aku akan jumpa post berbahasa Melayu. Bangga.. bangga..

Tetapi semua itu akan hanya tinggal bayangan jika kebanyakan blogger Melayu masih tidak tahu bekerjasama dan menggunapakai kemudahan yang terdapat di sana sini dengan bijak. Satu lagi yang aku perasan, di laman Blogger's Choice Awards juga sukar untuk menjumpai blog yang berbahasa Melayu yang 'dinominate'. Tetapi blog Malaysia yang berbahasa Inggeris boleh pula dijumpai di sana. Adakah kita tidak yakin dengan bahasa ibunda kita sendiri? Atau entri blog melayu tidak setanding dengan yang mengguna bahasa selainnya? Jangan lupa, ada berjuta manusia di luar sana yang boleh bertutur dan membaca dalam bahasa Melayu. Kita perlu berubah..! Jika tidak, selepas seratus tahun pun.. blog berbahasa Melayu tetap duduk ditakuk sekarang.

Kita tidak perlu risau, mereka yang tidak tahu berbahasa melayu pun boleh membaca blog kita. Banyak kemudahan atau translation widget yang boleh kita letakkan pada blog kita jika tidak pun, pembaca sendiri boleh mendapatkannya secara online dengan mudah. Baiklah.. ini yang perlu kita buat? Jika kita melawati atau membaca satu-satu post di dalam blog rakan kita dan kita rasakan post tersebut memang menarik.. hebahkanlah dengan menekan butang social bookmark yang terdapat pada blog tersebut.  Mudah-mudahan blog berbahasa Melayu akan lebih dikenali...

Mungkin ada diantara kita yang punya idea untuk mengaturkan satu projek untuk blog atau laman yang berbahasa Melayu... iaitu Projek Klik Bookmark... amacam?

.

Tiada ulasan:

Catat Komen

kutukan korang

Related Posts with Thumbnails
Copyright@ Blog ini adalah hak milik Humblemodest