Belia Pemangkin Transformasi Negara

  
 ‘Belia Pemangkin Transformasi’ merupakan tema Hari Belia Negara 2011.  Ungkapan ini merupakan ungkapan yang tepat dengan kedudukan belia sebagai nadi perubahan Malaysia seperti mana yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-10 bertemakan ‘Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi dan Maju’
  Dari aspek kemampuan mental & fizikal, belia Malaysia sebenarnya mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan dunia sejak dahulu dan sekarang. Syeikh Idris al-Marbawi, Prof Ismawi Zen, Safee Sali, Azizulhasni Awang adalah sebahagian sahaja dari nama-nama yang membuktikan kemampuan negara.
  Tepat untuk kita katakan bahawa perancangan kerajaan beserta usaha gigih yang datang dari inisiatif belia kita telah mampu melahirkan tokoh-tokoh hebat bertaraf dunia.
  Perlu kita sedari bahawasanya, dalam era globalisasi ini, kita akan berdepan dengan pelbagai cabaran semasa atau setelah kita mencapai status negara maju.
  Antara cabaran yang utama ialah untuk kita membina dasar yang kukuh yang mendokong kekuatan sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Hakikatnya, dasar kepada kekuatan negara terletak kepada jatidiri dan nilai akhlak setiap individu.
  Alexis Carrell, seorang pemenang hadiah Nobel dari Perancis menyedari hakikat ini sejak tahun 1935 apabila beliau menyatakan bahawa “Pada negara masa kini sedikit sekali kita menyaksikan orang-orang yang menjadikan akhlak mulia sebagai teladan. Padahal, kedudukan akhlak lebih tinggi dari ilmu dan keahlian. Akhlak merupakan dasar peradaban”.
  Barat telah lama menyedari hakikat ini dan mula berusaha untuk menyemaikan nilai-nilai moral ini ke dalam kehidupan masing-masing.
  Lihatlah sahaja filem-filem mereka, semakin banyak filem yang mula menerapkan nilai-nilai moral, akhlak mengikut neraca mereka demi memastikan peradaban yang mereka bina tidak dirosakkan oleh sifat rakus manusia.
  Seandainya nilai ini tidak dijadikan asas dalam ketamadunan, akhirnya sebuah negara maju akan gagal dimamah kefasadan dari tangan-tangan rakyatnya sendiri.
  Finland adalah sebuah Negara berpendapatan tinggi namun Finland juga adalah Negara yang ketiga tertinggi dalam kadar jenayah. Kekayaan yang diraih akan menjadi modal pusingan untuk membayar semula kerosakan-kerosakan yang dibuat oleh pembina tamadun iaitu rakyat mereka sendiri.
  Ini adalah harga yang cukup tinggi untuk kita baityar seandainya kita tidak berhati-hati dalam aspek pembinaan akhlak.

Perdana Menteri kita iaitu YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak berkata : 
  Golongan belia sebagai kumpulan demografi terbesar rakyat Malaysia amat penting kepada hala tuju dan masa depan negara.
  Perdana Menteri berkata kejayaan wawasan dan kesemua prakarsa nasional - Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), serta Model Baru Ekonomi (NEM), bersama dengan Rancangan Malaysia ke-10 yang menjadi asas lonjakan negara bagi pusingan terakhir ke arah Wawasan 2020, memerlukan sumbangan pro-aktif golongan belia.
  Menurutnya lagi , dalam konteks ini golongan belia yang seharusnya menjadi penggerak yang memacu negara ke tahap yang negara impikan.
  “Golongan belia mencerminkan harapan masa hadapan negara, saudara saudari semua adalah penting untuk masa depan negara – the best hope for the nation’s future.
  “Tampil ke hadapan mengambil tampuk utama transformasi Negara. Jadikanlah usia muda ini sebagai landasan ke masa hadapan yang diingini, yang diimpikan,”.
  Belia merupakan generasi yang akan menggerakkan perubahan dan mencorakkan hala tuju perjalanan negara. Sehubungan itu, belia pada hari ini perlu diperkukuh dengan kemantapan budaya dan ketinggian nilai-nilai kehidupan agar generasi yang terbentuk pada masa hadapan mampu untuk menghadapi cabaran sezaman. Walaupun begitu, persoalan budayalah yang sebenarnya begitu rumit untuk dihadapi. Hal ini demikian memandangkan budaya bukanlah sekadar terhenti di wacana-wacana ilmiah sahaja, tetapi apa yang dapat kita lihat di dalam amalan kehidupan masyarakat. Oleh itu , marilah kita bersama-sama bersatu padu supaya negara kita terus maju dan berdaya saing seperti negara-negara maju yang lain . 



P/s : teringin pergi ke sana , tapi apakan daya .....

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kutukan korang

Related Posts with Thumbnails
Copyright@ Blog ini adalah hak milik Humblemodest