RAYA...!!!


post ini merupakan post untuk kerja kursus sejarah...kepada sesapa yg ingin membacanye silakanlah...
Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula dari subuh hingga ke maghrib.Selain dari larangan terhadap makan dan minum, umat Islam juga dilarang memasukkan sesuatu kedalam rongga, merokok, dan melakukan hubungan seks di waktu siang.Hanya mereka yang benar-benar uzur sahaja diizinkan untuk tidak berpuasa. Ramadhan juga adalah bulan dimana umat Islam menyucikan diri dengan menambah amal ibadah, seperti solat terawih di malam hari, berzikir, dan berzakat. Berpuasa juga bermaksud menahan diri dari melakukan perbuatan mungkar seperti menipu, mengata orang lain, berbohong dan perbuatan dosa lain.
            Ibadah puasa diajar termasuk kepada anak-anak kecil.Terdapat satu malam di bulan Ramadhan yang dipanggil malam Lailatul Qadar. Ia bermaksud malam yang lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah di malam itu.
             Ibadah zakat, iaitu bersedekah sebahagian dari harta kepada pihak-pihak yang tertentu adalah juga rukun Islam seperti puasa. Zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan adalah bertujuan menyucikan harta dan rohani dari kemungkaran. Ia mesti ditunaikan sebelum akhir Ramadhan
           Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban. Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.Ketibaan bulan Syawal, iaitu bulan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula dari terbenamnya matahari pada 30 haribulan Ramadhan. Ia biasanya di sahkan lagi dengan upacara melihat anak bulan.
            Aidilfitri adalah masa untuk kemeriahan dan kemaafan.Kemeriahan Hari Raya ditonjolkan dengan kembalinya beramai-ramai warga kota ke kampong. Upacara yang digelar ‘balik kampung’ ini menyebabkan kota-kota besar menjadi lengang dan jalanraya menjadi sesak. Masing-masing ingin merayakan Aidilfitri bersama ibu bapa dan keluarga. Seluruh keluarga akan bergotong royong menghias rumah dan memasak juadah.
                 Pagi Aidilfitri biasanya akan dimulakan dengan takbir dari masjid-masjid, yang telahpun berlanjutan dari malam sebelumnya. Pagi-pagi lagi semua orang telah bangun,dan biasanya akan mengunjungi pusara kaum keluarga.Kemudian, kaum wanita akan mengemas rumah manakala kaum lelaki akan bersiap ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Masing-masing segak dan cantik dengan pakaian baru.Kanak-kanak adalah yang paling seronok, dimana segalanya dari songkok, baju melayu, atau baju kurung hinggakan kasut adalah serba baru.
                Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, kaum keluarga akan berkumpul untuk bersalaman dan meminta maaf antara satu sama lain. Anak-anak akan meminta maaf dari ibu bapa, manakala ibu bapa akan meminta maaf dari datuk dan nenek. Menjelang tengahari, semua sanak saudara dan jiran sekampung akan kunjung-mengunjung antara satu sama lain untuk ‘beraya’ atau adat berziarah. Ucapan ‘selamat hari raya ‘ bersilih ganti dan kemaafan dipohon, menandakan kesalahan lalu telah dilupakan.
              Kanak-kanak biasanya akan membuat kumpulan lain untuk berziarah, samada ke rumah jiran, saudara atau rakan-rakan , dimana tradisi memberi ‘duit raya’ memeriahkan lagi suasana. Juadah wajib bagi hari raya ialah seperti ketupat, rendang, sambal kacang, lemang, dan serunding. Disamping itu, terdapat banyak jenis kuih dihidangkan, mengikut tempat.
Sambutan hari raya adalah selama sebulan, dimana stail terkini akan terdapat ramai pihak membuat rumah terbuka sepanjang Syawal. Disamping itu, kaum yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, orang kurang upaya dan warga emas juga tidak dilupakan. Orang ramai akan tampil membuat sumbangan supaya kemeriahan Aidilfitri memberi sinar kepada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kutukan korang

Related Posts with Thumbnails
Copyright@ Blog ini adalah hak milik Humblemodest