Hidup Berani Untuk Gagal

Setiap manusia akan mengalami kegagalan kerana kehidupan itu satu perjudian. Kehidupan telah mengajar kita berani untuk menghadapi kegagalan sejak sebelum kewujudan kita lagi. Sebelum kita belajar berkata - kata atau sebelum kita di lahirkan lagi kita sudah berani untuk menghadapi kegagalan.

Bagi aku, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni memberi pengaruh yang sangat besar terhadap minda separa sedar kita kerana secara tidak langsung, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dapat membuka minda separa sedar kita bahawa untuk mencapai matlamat hidup, kita haruslah berani untuk menerima kegagalan walaupun kita semua tahu bahawa kegagalan itu sesuatu yang pahit untuk ditelan.

Itu bagi aku. Bagi korang pula, aku tak tahu sebab aku pasti pengertian kita terhadap HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini tidak sama. Namun, aku berani katakan yang motifnya hanya satu iaitu BERANI GAGAL demi MENCAPAI KEJAYAAN atau dalam ayat panjangnya, kita sanggup mengambil risiko dengan melakukan sesuatu perkara yang belum pasti apa kesudahannya (hasil) dan telah bersedia dengan apa sahaja yang berlaku kerana apa yang kita harapkan tidak selalunya akan kita perolehi. Faham kan? Ke aku je yg syok sendiri. Haha.. Lantaklah!

Ramai orang kita (orang Melayu) lebih gemar memegang prinsip tunggu dan lihat daripada mencuba kerana sesungguhnya mereka tidak sanggup menanggung risiko atau HIDUP tidak BERANI UNTUK GAGAL. Tapi yang pasti, bila dah lihat orang lain berjaya daripada prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL tadi, barulah orang kita terhegeh-hegeh nak minta itu ini dari usaha orang lain. Senang cakap, orang kita hanya tahu nak ambil jalan mudah saja.

Jadi, janganlah takutkan kegagalan kerana "Hidup Berani Untuk Gagal".

Sebenarnya, ini adalah Contest Hidup Berani Untuk Gagal yang dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati..Dan sebagai makluman, contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

Saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog denaihati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kutukan korang

Related Posts with Thumbnails
Copyright@ Blog ini adalah hak milik Humblemodest