jom melancong

melancong sangat perlukan wang. lebih elok duduk rumah tonton drama dari seberang yang sememangnya tidak mampu untuk aku tonton.
bersukan juga perlukan wang. permainan badminton contohnya. sewa gelanggang 1 jam rm8. shuttle juga mahal. lebih elok duduk rumah main FIFA2010 di-cracked.
peniaga gemar menjual barangan dengan harga yang tinggi bagi mengaut keuntungan. tetapi mereka mahu membeli barangan dengan harga yang murah dari pemborong. semua orang juga serupa.
untuk apa aku beli DVD yang asli jika kau boleh memperoleh yang seumpamanya secara percuma? benar. tindakan aku salah disisi undang-undang. tetapi aku ada alternatif yang lebih bagus untuk menjimatkan wang sambil berhibur. jadi aku pilih alternatif tersebut. penguatkuasa juga ada kalanya membeli barangan tiruan.
sekarang orang yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana semakin terdesak untuk hidup. mereka yang kaya memberikan bantuan berjuta ringgit tetapi disebalik bantuan tersebut ada keuntungan yang berlipat kali ganda. ada motif yang terselindung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kutukan korang

Related Posts with Thumbnails
Copyright@ Blog ini adalah hak milik Humblemodest