Money

Aku perasan ada beberapa rakan kita yang telah mula berminat untuk 'buat duit' secara online. Dari entri-entri yang di post aku sedar ia mula menjurus kepada bermulanya era 'online money making'. Ini merupakan sesuatu yang positif tetapi selalu dinegatifkan oleh sesetengah pihak yang merasakan tidak logiknya membuat duit secara maya ni. Ini kerana ramai diantara kita yang lebih berminat untuk berbisnis secara konvensional iaitu secara bertentang mata. Bagi mereka, perniagaan cara ini adalah lebih selamat dan menguntungkan. Tetapi sebenarnya itu tidak benar.. ini terbukti dengan ramainya jutawan yang terlahir dari perniagaan cara maya ini.

Oleh kerana banyaknya blog-blog yang aku kunjungi mengandungi unsur-unsur 'online money making' jadi, aku pun mulalah membuat research tentang ini. Dari pemerhatian aku, lebih dari 50 peratus mereka yang terlibat dengan 'gejala' ini telah melibatkan diri dengan secara sembrono. Maksudnya "dia tengok orang buat duit online dia pun nak.. tapi tak mahu mendalami dulu" hasilnya blog atau site yang tak senonoh rupanya. Diantara kelemahan yang dibuat ialah susunan iklan yang tidak profesional. Perlu diingat, jika korang adalah manusia yang menggunakan iklan untuk mencari sedikit pendapatan... yang penting bukan berapa banyaknya iklan di dalam blog, tetapi berapa berkualitinya iklan tersebut.

Cuba kita bayangkan, kita mengunjungi satu-satu blog yang berkelip-kelip iklannya di sana dan sini dan dengan berbagai jenis iklan yang cacamerba tanpa menjurus pada satu-satu keyword, apa yang akan kita buat? Adakah kita akan tunggu lama dan klik satu-persatu iklan yang ada?Tepuk dada tanya selera... Mungkin pada pendapat admin blog tersebut ialah 'kepelbagaian' atau maksudnya jika orang tak suka dengan iklan yang itu jadi dia akan suka dengan iklan yang ini. Itu boleh berlaku tetapi dengan syarat kita perlu pandai menyusun iklan tersebutagar tidak nampak macam site atau blog iklan semata-mata. Kita perlu tahu iklan mana untuk diletakkan pada sidebar, iklan mana pada header, iklan mana pada post body dan iklan mana pada post bottom.

Itu yang menggunakan iklan... bagaimana pula mereka yang berminat dengan ebay atau lelong.com.? Untuk membuat duit dengan ebay atau lelong .com kita kena belajar terlebih dahulu jangan main hentam. Ada ramai rakan-rakan kita diluar sana yang menyediakan perkhidmatan membimbing orang baru yang berminat dengan jenis perniagaan yang sebegini. Tetapi perlu diingat... jarang perkhidmatan yang lengkap datang secara percuma. Jika kita takut untuk bermodal lupakan perniagaan jenis ini. Atau kita nak juga, kenalah rajin-rajinlah melayari internet dan carilah maklumat-maklumat secara percuma samada melalui blog atau forum yang ada.

Satu lagi yang biasa jadi pilihan, adalah affiliate marketing. Kita daftar secara percuma dan tolong iklankan produk orang lain untuk mendapatkan komisyen. Cara ini memang baik, tetapi kesilapan yang kita buat ialah kita tak tahu untuk mencari produk yang sedang hit. Takkan lah kita nak jual barang yang lama sedangkan barang yang baru telah ada dipasaran. Akhirnya blog kita cuma dipenuhi dengan banner yang berwarna-warni yang kadangkala macam funfair.

Tapi kalau korang memang nak buat duit sangat daftarlah dengan Adsense. Tetapi masalah pada Adsense ni pulak kita selalu tersilap dalam menentukan keyword dan akhirnya hanya iklan khidmat masyarakat yang terpapar. Dan satu lagi.. Adsense ni lebih kepada site yang berbahasa inggeris atau kita boleh selang seli kan entry bahasa Melayu dengan bahasa inggeris. Kalau tak pun carilah alternatif kepada adsense yang di internet.

Jadi, walau yang mana pilihan kita... mulakan dengan korek seberapa banyak ilmu sebelum 'menerjunkan' diri kita kebidang tersebut yer.... Walawe aku terlupa pulak dengan tajuk entri ni.. oklah di bawah ni ada senarai 52 blog buat duit yang terkenal (english blog), kalau korang berminat klik ajelah link nya... (Mungkin ada yang dah tak terkenal kerana sebenarnya senarai ini aku ambik dari simpan arkib aku...) he he

1. BlogStorm
2. CarloCab
3. Andy Beard Niche Marketing
4. Seth Godin’s Blog
5. ProBlogger
6. Entrepreneurs Journey.com
7. Daily Blog Tips
8. ShoeMoney
9. Moms At Home
10. Strategic Profits
11. doshdosh
12. Courtney Tuttle
13. Caroline Middlebrook
14. Performancing - Helping Bloggers Succeed
15. JohnChow
16. Tyler Cruz
17. Se RoundTable
18. Blogging Tips
19. Zac Johnson
20. Affiliate Marketing Blog by Shawn Collins
21. Marketing Pilgrim
22. Bruce Clay Inc
23. Search Engine Watch Blog
24. Cash Quests
25. Jom Kukral
26. The Top Rank Blog
27. Earners Blog
28. Super Affiliate Mindset
29. 5 Star Affiliate Blog
30. 5xMom
31. Reve News
32. SEOBook
33. Self Made Minds
34. Uber Affiliate
35. Fraser’s Affiliate Marketing Blog
36. Here.org.uk
37. David Airey
38. CopyBlogger
39. Who Is Andrew Wee
40. PSFK Online Trends Blog
41. Blog About Your Blog
42. Search Engine Guide
43. One Mans Goal
44. Search Marketing Gurus
45. Marketing Profs Daily Fix
46. Winning The Web
47. EZ Online Money
48. Blogtrepreneur
49. Gather Success
50. Drews Marketing Minute
51. JanGro
52. JohnCow

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kutukan korang

Related Posts with Thumbnails
Copyright@ Blog ini adalah hak milik Humblemodest